Keluarga BUGGAM.

Generasi pertama Keluarga BUGGAM hidup sekitar tahun 1810 - 1880 di Kampung Tiong Simpodon. Buggam mempunyai dua (2) orang anak lelaki iaitu BANGO (anak sulung) dan GUMALONG. Nama isteri Buggam tidak dapat diingati oleh para tua-tua generasi Buggam yang masih hidup. Dalam beberapa sesi temuramah, nama KINDAN juga disebut sebagai salah seorang daripada anak Buggam tetapi tidak dipersetujui oleh majoriti para tua-tua.

Nama Buggam juga tidak dapat dipastikan 100% oleh para tua-tua. Mereka hanya pernah mendengar nama tersebut dari ungkapan datuk dan nenek mereka. Walau bagaimanapun, mereka pasti bahwa Bango dan Gumalong adalah adik beradik dari satu ibu dan bapa. Sumber utama maklumat Keluarga Buggam ialah Puan Biduh Suan - 103 tahun (Jalur Bango), Puan Gobongo Gungkat - 93 tahun (Jalur Gumalong), En. Dahangat Siaku - 85 tahun (Jalur Gumalong) dan En. Gadsong Gonsoi - 89 tahun (Jalur Bango).

Usaha mengumpul salasilah Keluarga Buggam telah bermula dari tahun 2004 oleh Saudara Daunis Saimi, Saudara Daud Dahangat dan diteruskan Saudara Duali Munsin pada tahun 2005 untuk simpanan pribadi sahaja. Usaha mengumpul data keluarga diteruskan pada tahun 2011/2012 tetapi hanya sampai generasi ke-4 dan terhad kepada beberapa keluarga jalur Bango dan Gumalong.

Usaha ini telah membolehkan bebarapa Hari Keluarga kecil seperti Hari Keluarga Lawan 2017 (Buggam-Bango-Gimbu-Lawan). Semasa Hari Keluarga Lawan 2017, terdapat permintaan daripada para tua-tua mencari generasi awal untuk pengatahuan generasi akan datang. Ini membolehkan semangat kekeluargaan dapat dikekalkan. Usaha diteruskan untuk mencari dan merekodkan salasilah keluarga pada tahun 2018/2019 tetapi tidak dapat disiapkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 2021, idea untuk mengadakan Hari Keluarga Bango + Gumalong telah dicetuskan oleh beberapa ahli keluarga. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan rekod salasilah Keluarga. Cetusan idea tersebut telah membolehkan usaha untuk mencari, merekod dan menghubungi ahli keluarga diteruskan pada Jun 2022 dan membolehkan Hari Keluarga Buggam Pertama diadakan pada 21hb Dec 2023.

 Hari Keluarga Buggam Yang kedua akan diadakan pada 16 september 2024.